29 July 2009

Majlis Memperingati Mendiang Sdr Teoh Beng Hock di Seremban 27 Julai 2009



Majlis ini telah dihadiri oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan. Selain itu, ia turut dihadiri oleh pelbagai kaum daripada setiap lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir pada malam 27 Julai 2009.

Sebagai pemuda, kita tidak akan tunduk kepada kezaliman BN, tetapi kita akan terus bergerak dengan lebih bersemangat untuk lawan BN! Sebab kita mahu satu negara yang selamat ditinggal, kita juga mahu keselamatan rakyat dapat dijamin!

Perjuangan Pakatan Rakyat akan diteruskan dan kita tidak akan membiarkan Sdr Teoh mati sia-sia!

17 July 2009

Perhimpunan Aman di Depan Pejabat SPRM Selangor



Gambar ini diambil oleh telefon bimbit saya ketika berada di depan pejabat SPRM Selangor.

Kita semua datang untuk menunjukan ketidakpuasan kita terhadap SPRM yang menyebabkan kematian seorang pegawai khas Exco yang membantu siasat.

Pihak polis haruslah bertindak untuk menangkap dan menyiasat pihak yang menyebabkan insiden tersebut berlaku, tetapi bukan menghalang dan menangkap pihak yang menuntut keadilan.

16 July 2009

Tolak Penyalahangunakuasa BN

Saya berasa amat kesal dan sakit hati terhadap insiden yang berlaku di Selangor. MACC tidak sepatutnya menjadi alat senjata BN untuk menyerang Pakatan Rakyat. Walaupun menjadi senjata BN, MACC harus bertanggungjawap untuk memastikan keselamatan pihak yang membantu siasatan terjamin.

Rakyat di negara ini tidak mahu melihat perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi, sama-sama kita menolak kerajaan BN yang mengamal sikap penyalahangunakuasa dan penyelewengan.

15 July 2009

Kemenangan Manek Urai, Kemenangan Rakyat


Tahniah kepada PAS kerena berjaya mempertahankan kerusi DUN Manek Urai. Walaupun undi majority hanya 65 undi, tetapi kemenangan ini tetap memberi semangat kepada semua rakan seperjuangan Pakatan Rakyat bahawa bukan sahaja rakyat memihak kepada kita, tetapi tuhan turut memihak kepada kita!

Ketika saya bertemu dengan penduduk di Manek Urai, mereka memang mempunyai harapan yang besar terhadap PAS, PKR dan DAP.

Walaupun selama ini BN telah menggunakan wang, RTM untuk menakluki hati rakyat. Tetapi, rakyat yang cerdik dan cekap tetap menyokong Pakatan Rakyat yang mampu membawa perubahan kepada Malaysia.

10 July 2009

Majlis Makan Malam DAP Triang, Pahang 9 Julai 2009







Tahniah kepada DAP Triang, Pahanag kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam pada 9 Julai 2009.

Tidak lupa, ribuan trima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kita dari PAS dan PKR yang hadir pada malam tersebut. Ini telah menunjukkan bahawa hubungan kita dalam Pakatan Rakyat cukup erat.

Akhirnya, jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Triang kerana tetap sokong calon DAP.. Iaitu YB Leong Nga Nga yang berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut selama 5 penggal!

07 July 2009

Lawatan Kali Ke-2 ke Kampung Orang Asli




Selepas lawatan kali pertama ke kampung orang asli di Jeram Padang pada bulan Jun 2009, kita telah berjaya menarik perhatian masyarakat terhadap kehidupan orang asli di Jeram Padang.

Saya, Rahman - YDP PAS, Ismail - AJK PKR Jempol telah mengaturkan satu lagi lawatan ke kampung orang asli bersama sekumpulan sukarelawan yang berasal dari Seremban. Kali ini, kita masik kampung orang asli dengan barangan harian yang disumbang oleh kumpulan sukarelawan tersebut.

Lawatan kali ini turut disertai beberapa keluarga. Anak-anak mereka dapat melihat betapa susahnya kehidupan orang asli. Selain itu, ia juga memupuk sifat penghargaan terhadap kehidupan kita yang sedia ada. Yang penting, ia juga menambahkan pengetahuan kita terhadap kehidupan orang asli.

Kerajaan harus memberi perhatian kepada kampung orang asli dan mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bagi Pakatan Rakyat, kita mahu memastikan semua rakyat Malaysia dijaga dengan baik dan sempurna di sepanjang masa tetapi bukannya ketika kempen pilihanraya.

Kini, ramai yang mengadu kehidupan mereka susah dan memerlukan bantuan Kerajaan. Jadi, kita harus belajar daripada rakan-rakan orang asli kita bagaimana berhidup berdikari walaupun tanpa bekalan air, elektrik dan sebagainya.

Terima kasih kepada YB Wong May May, YB Ng Chin Tsai dan semua pihak yang menjayakan lawatan kali ini.