21 September 2009

Rumah Terbuka Nasional Hari Raya Aidilfitri DAP

Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan menganjurkan Rumah Terbuka Nasional sempena sambutan Aidilfitri pada 27hb September ini. Acara hari terbuka ini akan berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga jam 2 petang di Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Selangor.

Untuk peta sila rujuk:-

19 September 2009

Perasmian Kejuaraan Bola Keranjang 19 September 2009





Tahniah kepada Jawantankuasa Persatuan Bola Keranjang Bahau kerana berjaya menganjurkan kejuaraan bola kerajang di kawasan Bahau.

Memang sudah lama kita tidak pernah menyaksikan perlawanan bola keranjang di gelanggang SM Chi Wen. Malam ini, gelanggang bola keranjang dibanjiri peminat bola kerajang. Sambutan hangat daripada pemuda-pemudi telah menunjukkan bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk mengadakan lebih program yang sihat untuk pemuda-dan pemudi kita.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya memberi bantuan yang sewajarnya kepada semua sukan yang mampu memberi manfaat kepada pemuda dan pemudi kita. Selain itu, peruntukan yang sistematik harus diberi kepada semua persatuan bola keranjang supaya mereka dapat terus menganjurkan aktiviti yang sihat dan bermakna ini.

Menaja acara sukan di kalangan rakyat adalah jauh lebih baik daripada kita melaburkan kewangan kita terhadap pasukan F1 yang langsung tidak mungkin memberi keuntungan dan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Ceramah Perdana @ Bagan Pinang 16 September 2009




16 September 2009

916 Hari Malaysia

"Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia danFilipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) danSarawak."


Kita harus mengingati hari yang bersejarah ini. Sama-sama kita kekalkan perpaduan semua rakyat supaya memastikan negara tercinta kita aman dan damai.


Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

15 September 2009

Pilihan Raya Kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan

Ramai yang berkata Pakatan Rakyat amat susah untuk menang pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Sebab utamanya lebih kurang 40% undinya adalah undi Pos. Selain itu, isu Kampung Buah Pala dan Isu pengharaman arak akan dimainkan oleh BN.

Kesemua isu yang tersebut di atas sebenarnya bukan isu. Kerana rakyat yang cerdik, cekap dan bijaksana akan tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Rakyat juga amat tahu pentingnya untuk kita semua sama-sama membawa perubahan kepada negeri dan juga Negara kita yang tercinta.

Setiap pertarungan pasti mempunyai satu atau seorang pemenang. Tetapi, jika Pakatan Rakyat mampu mendapat sokongan yang penuh daripada seluruh pengundi Bagan Pinang, pemenangnya bukan sahaja calonnya.. tetapi semua rakyat di DUN Bagan Pinang dan seluruh rakyat di Negeri Sembilan.

Saya ingin menyeru semua pengundi di Bagan Pinang untuk menyokong dan mengundi calon PAS supaya suara rakyat di Bagan Pinang dapat didengar di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan!

11 September 2009

Program Bersama Pemimpin PKR di Kuala Pilah 20 Ogos 2009





Tahniah diucapkan kepada pimpinan PKR Kuala Pilah kerana berjaya mengadakan dua program serentak pada malam 20 Ogos 2009.

Kedatangan Dato Chua Jui Ming dan Datuk Ziad Ibrahim telah memberi semangat kepada kita semua.

Hanyalah sistem dua parti yang akan memberi manfaat kepada rakyat. Selain itu, sistem dua partilah yang mampu menamatkan monopoli Barisan National!