11 January 2013

Please subscribe and follow https://www.facebook.com/teokokseong for latest update.

Untuk maklumat terkini, sila layari https://www.facebook.com/teokokseong

Terima kasih.


Admin

17 October 2011

Dakwa Hospital Cuai

BAHAU - Seorang warga emas terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan kaki palsu setelah dia dipercayai terjatuh dan tergelincir sehingga disahkan patah tangan kanan pada 27 September lalu.

Pada hari kejadian, mangsa, S Angayee, 81, sebelum itu sedang menjalani terapi akibat lumpuh di salah sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Anaknya, K Shamugam, 45, mendakwa pihak hospital berkenaan cuai sehingga menyebabkan ibunya mengalami kecederaan ketika menjalani terapi.

Menurutnya, itu adalah terapi pertama dijalankan ibunya di mana ketika kejadian, ibunya tidak ditemani atau dibantu mana-mana petugas yang bertanggungjawab, malah dibiarkan sendirian menjalani rawatan itu.

Saya kesal kerana petugas yang ada cuma memerhatikan sahaja ibu saya menjalankan terapi tanpa bantuan.

Kaki kiri ibu saya terpaksa dipotong setahun lalu akibat kencing manis yang dihidapinya. Sebelum ini dia hanya bergerak menggunakan kerusi roda dan kini tidak boleh bergerak sendiri setelah tangan kanannya patah,” katanya.

Shamugam berkata, walaupun pihak pengurusan telah memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan dan akan berusaha memberi rawatan berkaitan, namun dia tetap kecewa atas sikap sambil lewa petugas di hospital berkenaan.

Kini pihak hospital cuba menukar fakta ibu sudah tua dan berkemungkinan pernah jatuh atau patah tangan sebelum ini.

Pihak berkenaan seolah-olah cuba mengelak dari punca kejadian sebenar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Taman Jaya, Bahau semalam.

Sinar Harian difahamkan, anak mangsa telah membuat laporan berkenaan insiden itu di Balai Polis Bahau.

Hadir sama melawat mangsa di kediamannya, Adun Bahau, Teoh Kok Seong dan Adun Senawang, P Gunasekaran.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9578205.asp

17 August 2011

Empat Rumah Bukit Taisho Bahau Berlumpur 14 Ogos 2011




BAHAU - Sebanyak empat rumah di Bukit Taisho, dekat sini berlumpur akibat hujan lebat hampir sejam yang turut menyebabkan banjir kilat, baru-baru ini.
Adun Bahau, Teo Kok Seong berkata, hampir 15 penduduk kawasan berkenaan terpaksa berhadapan situasi itu apabila hujan turun lebat tanpa henti.

Menurutnya, penduduk di sini mendakwa banjir kilat berlaku adalah berpunca dari projek pembangunan berhampiran Bukit Taisho.

“Ia juga menyebabkan lumpur dan pasir menutup sistem perparitan sedia ada. Ini menyukarkan dan turut menyekat laluan air.

“Paras banjir paling tinggi adalah lebih kurang tiga meter. Rumah yang dibanjiri air parasnya lebih dari satu meter,” katanya.

Difahamkan, pihak bomba dan penyelamat, Majlis Daerah Jempol (MDJL) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah turut turun padang membantu penduduk kawasan berkenaan.

Kok Seong berkata, ia adalah antara banjir terburuk melanda kawasan terbabit, malah hampir semua barang dalam rumah penduduk basah dan rosak akibat hujan.

“Hujan terlalu lebat dan menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang mereka. Saya berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan wajar bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang.

“Tindakan pantas semua agensi kerajaan yang datang ke kawasan banjir pada hari kejadian amat dihargai dan saya berpendapat bahawa mana-mana projek pembangunan haruslah dipantau dari masa ke semasa demi kepentingan serta keselamatan penduduk,” katanya.

23 June 2011

Mengagih Air Kpd Penduduk Kg Indah












Melawat Mangsa Kebakaran di Kg Tebat, Bt Kikir








Penternak Lembu Tenusu tidak Diberi Perhatian oleh Kerajaan



Menteri Pertanian mempunyai masa untuk turun Bahau untuk merasmikan pesta Jempol, tetapi tidak ada masa untuk melawat penternak lembu ternusu di Tmn Jaya yang menghadapi masalah serangan wabak FMD terhadap ternakan mereka yang kini telah menyebabkan kehilangan sumber pendapatan mereka.

Projek "Tauhu" Barisan National di Bahau







Longkang sepanjang 300m di Kg Rata retak dan terbernam walaupun baru disiap tak sampai 2 tahun. Aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil. Jika projek ini dirancang dengan teliti, ia akan tidak menyebabkan kerugian kepada Kerajaan. Sebenarnya subsidi kepada Rakyat tidak patut dikurangkan, dan apa yang harus dikurangkan dan dihapuskan adalah projek-projek yang sebegini!





04 June 2011

Ubah's Awakening Call: Blowing in Winds of Change

Wednesday, June 15, 2011 at 8:00pm
Catholic Centre, Jalan Lee Sam (Next to Methodist High School)

15 February 2011

Penternak Tuntut Pampasan FMD


BAHAU – Penternak lembu tenusu di Taman Jaya dekat sini kesal kerana masih belum menerima bayaran pampasan bagi haiwan ternakan mereka yang dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD).

Penternak, K Tamil Silva, 37, berkata, sumber pendapatannya kini terjejas kerana lembu tenusu miliknya tidak dapat menghasilkan susu.

“Hati saya sangat susah dan tidak tenang melihat keadaan lembu yang menderita akibat FMD.

“Lebih malang lagi, sehingga kini, saya masih belum menerima pampasan yang dijanjikan pihak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, penternak, R Magaswaran, 36, berkata, sebahagian besar lembu miliknya mati selepas dijangkiti penyakit berkenaan.

Malah, menurutnya, janin dalam seekor lembu betina miliknya turut menjadi korban serangan FMD sekitar kawasan berkenaan, baru-baru ini.

“Saya harap pampasan dibayar secepat mungkin untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung penternak.

“Kami tiada punca pendapatan lain. Kehidupan keluarga kami amat bergantung kepada hasil jualan susu lembu,” katanya.

Keluhan penternak di Taman Jaya turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong.

Kok Seong berkata, serangan FMD di sekitar kawasan berkenaan dipercayai bermula pada 16 Disember lalu dan dibawa oleh lembu tenusu yang dibekalkan daripada sebuah agensi kerajaan.

Belia meminta pihak berkaitan diminta memberi perhatian serius dan bertindak pantas berhubung bayaran pampasan kepada penternak.

Sementara itu, Pengarah Vaterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham berkata, semua penternak tidak perlu bimbang kerana bayaran akan diberi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Menurutnya, peruntukan bagi pampasan itu telah diluluskan dan bayaran akan disampaikan sendiri oleh Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar.