17 January 2011

Turun Padang Langkah Terbaik


BAHAU - Kaedah turun padang adalah amalan terbaik untuk pemimpin mendengar masalah rakyat dan memastikan sebarang aduan yang diterima dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong berkata, semua aduan diterima akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.

“Saya sering mengamalkan kaedah turun padang untuk meneliti masalah jika menerima aduan.

“Saya berani mengatakan kebanyakan aduan penduduk dapat diselesaikan. Kecuali aduan atau permintaan yang melibatkan peruntukan besar,” katanya.

Menurutnya, dia turut melahirkan rasa puas hati dan berterima kasih kepada pimpinan Pas dan Parti keadilan Rakyat (PKR) Jempol yang selama ini memberi kerjasama yang baik.

“Sebenarnya, masalah yang sering dihadapi penduduk lebih kepada kemudahan asas dan perkhidmatan disediakan pihak kerajaan. Ia terpulang kepada betapa berkesan tindakan mereka terhadap aduan.

“Bagi saya daripada pembangkang, saya akan terus memantau dasar yang dilaksanakan kerajaan dan memastikan setiap dasar atau tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, walaupun ADUN pembangkang tidak mempunyai pe-runtukan, tetapi tetap mampu berkhidmat dan membantu rakyat.

Dalam masa sama, dia turut menegaskan bahawa pihaknya telah lama bersedia menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita memang sudah lama dalam persediaan pilihan raya dan bukan melawat pasar atau pengundi ketika pilihan raya sahaja,” katanya.

12 January 2011

Mengedar Kalender di Pasar Besar Bahau





Seperti apa yang dilakukan sebelum saya dipilih sebagai ADUN Bahau, saya tetap mengedarkan kalender tahun baru kepada penjaja dan juga penduduk di Pasar Besar dan Pusat Penjaja Bahau. Ia telah menjadi satu aktiviti tahunan. Selain itu, saya turut mengedarkan kalendar saya di Bt.Kikir.

11 January 2011

FMD Jangkiti Lembu Tenusu di Taman Jaya Bahau



SEREMBAN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri mengesahkan sejumlah lembu tenusu di tiga ladang ternakan sekitar Jempol dan satu lagi di sekitar Port Dickson dijangkiti penyakit kuku dan mulut (FMD).

Pengarahnya, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham berkata, tiada pusat ternakan di negeri ini diserang penyakit berkenaan.

"Semua lembu dijangkiti FMD telah disuntik vaksin oleh kakitangan JPV sebelum 1 Januari lalu.

"Suntikan vaksin tetap diteruskan kepada kes baru yang dikesan selepas tarikh berkenaan,” katanya, semalam.

Menurutnya, pemilik ternakan yang dijangkiti FMD daripada lembu tenusu dibekalkan JPV persekutuan akan diberi pampasan oleh Kementerian Pertanian.

"Penyelarasan bayaran pampasan kepada penternak terbabit akan diselaraskan JPV negeri," katanya.

Sementara itu, di Taman Jaya, Bahau dekat Jempol, penternak, M Segaran, 51, berkata, serangan FMD terhadap lembu tenusu miliknya kali pertama berlaku sejak mula menceburi bidang penternakan kira-kira 20 tahun lalu.

"Pampasan kerajaan amat diharapkan untuk membantu mengurangkan beban ditanggung penternak akibat jangkitan FMD.

"Kami perlu membelanjakan kira-kira RM200 bagi menampung kos pembelian antibiotik untuk setiap lima ekor lembu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong berkata, beberapa penternak di sekitar Taman Jaya mula mengesyaki lembu tenusu milik mereka dijangkiti FMD pada 16 Disember lalu.

"Saya berharap agensi kerajaan berkaitan memastikan semua haiwan dibekalkan kepada penternak bebas daripada penyakit dan memastikan jangkitan ini tidak berulang,” katanya selepas melawat sebuah ladang ternakan bersama ADUN Senawang, P Gunasekaran di Taman Jaya, baru-baru ini.

12 July 2010

1 Year - Justice for Beng Hock

1 Year - Justice for Beng Hock

(1) Public Ceramah - "The Tragedy of Teoh Beng Hock - One Year Later"

Date: 16/7/2010 (Friday)

Time: 8pm

Venue: KL & Selangor Chinese Assembly Hall, No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Speakers include:

1. YB Lim Kit Siang
2. YB Lim Guan Eng
3. YB Tan Kok Wai
4. YB Teng Chang Khim
5. YB Gobind Singh
6. YB Ean Yong Hian Wah
7. YB Anthony Loke
8. Cik Teoh Lee Lan

(2) Special Prayer Session in commemoration of Teoh Beng Hock's one year passing

Date: 17/7/2010 (Saturday)

Venue: Nirvana Memorial Park, Semenyih, Selangor

Time:

8.30 am - Arrival of Guests / TBH family / Media / DAP members / Public
9.00 am - Welcome speech by Organising Committee
9.15 am - Reading Beng Hock's Eulogy by Sdr Teo Nie Ching
9.30 am - Prayer / Paying of Respect
10.00 am - Refreshment / Media Conference

08 July 2010

Ketidak Perihatinan Kerajaan Punca Jambatan Runtuh




Jambatan berdekatan Balai Polis Rompin telah runtuh pada petang semalam. Sebelum ini, pihak berkuasa dan kerajaan memanag telah dimaklumkan mengenai hakisan tanah serius berlaku di lokasi tersebut. Tetapi, tiada langkah pencegahan diambil untuk memulihkan keadaan. Akibatnya jambatan runtuh dan menyebabkan jalan Bahau - Rompin/Gemas terputus.

Kerajaan haruslah dengar kepada suara dan juga pandangan rakyat. Jika kerja-kerja pemulihan dilakukan sejak awal, tidak mungkin jambatan ini tiba-tiba runtuh.

Saya amat berharap pihak kerjaan dapat ambil tindakan segera untuk memulihkan keadaan. Selain itu, pastikan setiap jambatan di Negeri Sembilan selamat digunakan oleh semua rakyat.

06 July 2010

Stesen Bas Bahau Tiada Air



BAHAU - Stesen bas Bahau baru dinaiktarafkan tetapi ketiadaan bekalan air di tandas dan surau menyukarkan serta menyulitkan pekerja dan penumpang bas. Penguat kuasa stesen bas Bahau, Zailani Yazid berkata, selain tiada bekalan air, tahap kebersihan tandas dan surau juga tidak memuaskan. Menurutnya, pihaknya banyak kali membuat aduan kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah di stesen bas berkenaan. “Disebabkan tandas awam dan surau tiada bekalan air, penumpang serta pekerja di stesen bas terpaksa mengangkut air daripada satu pili air yang berada di depan tandas awam. “Selain itu, hanya ada satu tong sampah disediakan di stesen bas Bahau dan keadaan ini menyebabkan kotak besi telefon awam yang sudah tidak digunakan menjadi tempat membuang sampah,” katanya. Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai, Rima, 31, berkata, peniaga sekitar stesen bas berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera. “Peniaga berdepan kesukaran mahu membuang air dan mengambil wuduk. Selain terpaksa mengangkat air, kebersihan tandas dan surau juga tidak dikendalikan dengan baik. “Masalah ini sudah tentu memberi persepsi buruk kepada orang luar yang berkunjung ke pekan Bahau,” katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bahau, Teo Kok Seong berkata, dia hairan kenapa stesen bas yang baru dinaiktarafkan itu mempunyai begitu banyak masalah. Menurutnya, pihak berkenaan harus bertindak memastikan tandas dan surau mempunyai bekalan air, selain aspek kebersihan haruslah dijaga dari semasa ke semasa. “Saya akan memaklumkan perkara ini kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ) secara rasmi dan membawa isu ini ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang. “Saya mahu Kerajaan Negeri menjelaskan kepada rakyat kenapa begitu banyak peruntukan digunakan untuk menaik taraf stesen bas tetapi keadaan kemudahan dan bekalan air masih tidak memuaskan," katanya. Sementara itu Pegawai Daerah Jempol, Datuk Yusof Yunus berkata, beliau sudah sedia maklum dengan masalah berkenaan. Menurutnya, punca utama masalah air itu adalah berpunca daripada tekanan air rendah dan pihaknya akan mengajukan masalah itu kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam masa terdekat bagi mengelakkan keadaan bertampah buruk.

23 June 2010

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI DI KAMPUNG INDAH BAHAU


Berikut adalah surat yang saya kemukakan kepada YDP Majlis Derah Jempol & Biro Pengaduan Awam:-

Tuan,

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI DI KAMPUNG INDAH BAHAU

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut atas.

2. Untuk makluman tuan, penduduk Kampung Indah Bahau telah mengadu bahawa pembinaan menara telekominikasi di tepi jalan keretapi yang amat dekat dengan kampung tersebut bakal menyebabkan radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk. Penduduk amat bimbang dan mereka berharap pihak tuan dapat melakukan penyiasatan terhadap keselamatan menara tersebut.

3. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara tersebut atas. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”

TEO KOK SEONG

ADUN KAWASAN BAHAU

Pusat Perkhidmatan ADUN Bahau

No.13, Jalan Meranti 36, Taman Meranti,

72100, Bahau, N.S.D.K

Tel / Fax: 06-454 2351

20 June 2010

Penubuhan DAP Cawangan Pekan Air Kuning 19 Jun 2010





DAP telah menubuhkan satu cawangan baru di Pekan Air Kuning semalam. Kita berharap dengan adanya cawangan DAP ditubuhkan di kawasan DUN Genmencheh & Parlimen Tampin, kita dapat membantu rakan sepejuangan kita PAS & PKR untuk menawan DUN Genmencheh dan juga Parlimen Tampin!

18 June 2010

JALAN ROSAK DI DEPAN TAMAN SORNAM


Berikut adalah maklumbalas daripada jurutera daerah jempol pada 18 Jun 2010:-

Salam Sejahtera,

Tuan,

Terima kasih diucapkan di atas keperihatinan pihak tuan. Jalan yang
tuan maksudkan adalah Laluan FT 13 iaitu Jalan Persekutuan. Untuk
makluman tuan, pejabat ini telah pun menyenaraikan jalan ini di untuk
dibaiki dalam program kerja pihak Selia Selenggara selaku pihak konsesi
yang menyelenggara jalan persekutuan. Walaubagaimanapun, pejabat ini
telah mengambil tindakan awal dengan menampal sementara jalan ini bagi
mengelakkan kemalangan dan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Sekian, terima kasih.

Jurutera Daerah,
JKR Jempol.

02 June 2010

Tebang Hutan Punca Banjir Kilat






BAHAU – Hujan lebat selama lebih satu jam malam semalam menenggelamkan beberapa kawasan kediaman dan taman perumahan penduduk sehingga ke paras lutut.


Banjir kilat kali ini antara yang teruk pernah berlaku dan kawasan terlibat adalah Taman ACBE, Taman Satelite, Kampung Indah serta Kampung Batu Bakar.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong turun padang meninjau keadaan selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.


Menurutnya, keadaan banjir kilat itu jarang berlaku di kawasan Bahau khususnya penempa-tan penduduk sekitar dan hal ini mungkin disebabkan penebangan hutan dilakukan secara besar-besaran.


“Banjir kilat ini adalah bencana dicipta manusia dan saya berasa kesal dengan pihak terbabit kerana memusnahkan kawasan tadahan air yang menyumbang kepada banjir kilat.

“Saya menyarankan supaya kerajaan membuat perancangan teratur sebelum melakukan sesuatu projek yang mampu menghapuskan alam sekitar dan kawasan tadahan air,” katanya.


Rata-rata penduduk yang terbabit tidak sempat menyelamatkan harta benda seperti tilam, perabot dan almari rumah.


Sementara itu, Kok Seong berkata, surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan akan ditulis untuk memaklumkan mengenai bencana itu untuk diambil tindakan selanjutnya.


“Saya juga akan membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang untuk mengetengahkan berhubung masalah ditanggung penduduk setempat,” katanya.


Source: http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7754850.asp



17 April 2010

Hari Penamaan Calon PRK Ulu Selangor





Saya telah berkesempatan menghadiri Hari Penamaan Calon PRK Ulu Selangor pagi tadi. Penyokong Pakatan Rakyat cukup bersemangat, dan kita amat yakin bahawa Kerusi Parlimen Ulu Selangor akan dikembalikan kepada rakyat daripada BN selamanya. Kita dari Pakatan Rakyat akan tetap bersama dengan rakyat untuk menuntut kembali segalanya daripada BN demi kebaikan dan kemanfaatan untuk semua rakyat.

10 April 2010

Pencemaran Sungai yang Disebabkan Oleh Aktiviti Pengorekan Pasir Sungai Di Dangi







Saya telah turun ke Pekan Dangu selepas mendapat aduan daripada penduduk pekan Dangi bahawa sumber air tercemar disebabkan oleh perlombongan dan pencuci pasir di sungai Dangi. Saya berasa terkejut mengapa permit tersebut boleh diluluskab sedangan kerja-kerja di tapak tersebut akan menjejaskan qualiti air and juga alam sekitar.

Maklum balas daipada Jabatan Alam Sekitar mengatakan bahawa mereka mengesyorkan Pejabat Tanah Kuala Pilah untuk menarik balik permit kerana kawasan tersebut tidak sesuai untuk kerja-kerja perlombongan pasir.

Kerajaan harus menjelaskan kepada semua rakyat mengapakah permit dikeluarkan tanpa menghiraukan kesihatan penduduk.

01 April 2010

Penduduk Taman Bahau Dihantui Banjir Kilat Selama 10 Tahun





Saya telah menerima aduan bahawa banjir kilat sering berlaku di Taman Bahau Fasa 2 jika hujan lebat. Perkara ini telah berlaku melebihi 10 tahun, tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

Saya telah bertulis kepada pihak MDJL untuk mengambil tindakan segera terhadap isu banjir kilat dan saya juga akan membawa isu ini ke Persidangan DUN yang akan datang.