13 February 2009
Upacara Perasmian JPJ Jempol - 12 February 2009
Ini merupakan kali pertama saya dijemput untuk menghadiri upacara perasmian JPJ Jempol. Hanya saya seorang ADUN Pakatan Rakyat dijemput.
Timbalan Menteri Jabatan Pengangkutan Jalan mengatakan bahawa pembukaan JPJ di Bandar Seri Jempol merupakan satu usaha Kerajaan BN.
Tetapi, saya ingin mengingatkan beliau bahawa peruntukan untuk membina JPJ bukan dari BN.. Tetapi dari rakyat yang membayar cukai! Rakyatlah yang membina JPJ Jempol dan JPJ cuma melaksanaankan tugas yang diberikan oleh rakyat.
Saya juga berkesempatan bertemu dengan beberapa ADUN BN yang kita sering berlawan antara satu sama lain di Dewan Undangan Negeri Sembilan.