07 July 2009

Lawatan Kali Ke-2 ke Kampung Orang Asli




Selepas lawatan kali pertama ke kampung orang asli di Jeram Padang pada bulan Jun 2009, kita telah berjaya menarik perhatian masyarakat terhadap kehidupan orang asli di Jeram Padang.

Saya, Rahman - YDP PAS, Ismail - AJK PKR Jempol telah mengaturkan satu lagi lawatan ke kampung orang asli bersama sekumpulan sukarelawan yang berasal dari Seremban. Kali ini, kita masik kampung orang asli dengan barangan harian yang disumbang oleh kumpulan sukarelawan tersebut.

Lawatan kali ini turut disertai beberapa keluarga. Anak-anak mereka dapat melihat betapa susahnya kehidupan orang asli. Selain itu, ia juga memupuk sifat penghargaan terhadap kehidupan kita yang sedia ada. Yang penting, ia juga menambahkan pengetahuan kita terhadap kehidupan orang asli.

Kerajaan harus memberi perhatian kepada kampung orang asli dan mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bagi Pakatan Rakyat, kita mahu memastikan semua rakyat Malaysia dijaga dengan baik dan sempurna di sepanjang masa tetapi bukannya ketika kempen pilihanraya.

Kini, ramai yang mengadu kehidupan mereka susah dan memerlukan bantuan Kerajaan. Jadi, kita harus belajar daripada rakan-rakan orang asli kita bagaimana berhidup berdikari walaupun tanpa bekalan air, elektrik dan sebagainya.

Terima kasih kepada YB Wong May May, YB Ng Chin Tsai dan semua pihak yang menjayakan lawatan kali ini.