25 May 2009

BANTAHAN TERHADAP PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA OLEH PIHAK POLIS



Kami dari Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah menyerah satu Memorandum kepada  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini. Kandungan memorandum adalah seperti berikut:-

Tan Sri Abu Talib Othman

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Level 29, Menara Tun Razak

Jalan Raja Laut

50350 KUALA LUMPUR.


Yg Bhg Tan Sri,

BANTAHAN TERHADAP PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA OLEH PIHAK POLIS 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Pihak Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) ingin menyurakan bantahan terhadap tindakan pihak polis baru-baru ini yang mencabul hak asasi manusia.

3. Sejak 5 haribulan Mei, bilangan tangkapan yang dibuat berkenaan dengan krisis Perak adalah sebanyak 146.

4. Tangkapan-tangkapan yang dibuat adalah amat sukar untuk dijustifikasikan. Mereka yang ditangkap langsung tidak mengancam keselamatan dan keamanan orang ramai.

Pada 5 Mei, aktivis dan ahli akademik, Wong Chin Huat telah ditangkap selepas menyeru rakyat Malaysia berpakaian hitam.

Pada 6 Mei, 14 orang individu termasuk seorang ahli parlimen ditangkap kerana menunjukkan solidariti kepada Wong di depan balai polis Brickfields.

Pada 6 Mei juga, 3 orang aktivis ditangkap kerana menghantar kek harijadi kepada Pejabat Perdana Menteri.

Pada 7 Mei, 69 orang individu termasuk ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri telah ditangkap di Perak kerana berada di kawasan berhampiran dengan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh.

Pada 7 Mei juga, 15 orang individu dan 5 peguam ditangkap kerana menunjukkan solidariti kepada Wong di depan balai polis Brickfields.

Pada 7 Mei juga, 11 orang individu termasuk seorang ahli dewan undangan negeri ditangkap di Kuching kerana mengadakan nyalaan lilin.

Pada 7 Mei juga, seorang aktivis ditangkap di Pulau Pinang semasa aktiviti nyalaan lilin.

Pada 19 Mei, 11 orang individu termasuk seorang ahli parlimen dan seoarang ahli dewan undangan negeri ditangkap semasa aktiviti nyalaan lilin di Seputeh.

Pada 21 Mei, 16 orang individu termasuk seorang ahli dewan undangan negeri ditangkap semasa merayakan hari jadi bagi seseorang daripadanya dalam aktiviti nyalaan lilin di Ampang.

5. Pihak kami meminta SUHAKAM membuat siasatan dalam kes-kes yang tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

Sekian. Terima kasih.

21 May 2009

Kempen Tandatangan Di Taman Meranti Bahau




Pada 20 Mei 2009, saya dengan Kent, Setiausaha Politik saya telah melancarkan satu kempen tandatangan untuk mendesak Majlis Daerah jempol supaya mempercepatkan process penyenggaraan jalan di Jalan Meranti 27, Taman Meranti Bahau.

Kami berjaya mendapat tandatangan daripada 22 keluarga yang tinggal di situ. 22 keluarga ini adalah terdiri daripada  kaum Melayu, Cina dan India.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ketua Unit Pengaduan Awam Encik Hasrul Faiz pada 12.30pm tadi.

Kandungan memorandum dan surat sokongan saya adalah seperti berikut:-

MEMORANDUM:

Perkara : Rayuan untuk Mempercepatkan Process Penyenggaraan Keadaan Jalan Terbenam Di Jalan Meranti 27, Taman Meranti Bahau

Tarikh : 20 Mei 2009

 Kami penduduk-penduduk di Jalan Meranti 27, Taman Meranti, Bahau dengan ini menyerah satu memorandum kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol sebagai rayuan kepada pihak tuan untuk mengambil langkah-langkah dengan serta-merta supaya mengelakan keadaan jalan terbenam bertambah buruk di kawasan tempat tinggal kami.

Masalah tersebut bukan sahaja membahayakan kami, tetapi juga bagi pengguna jalan yang lain.

Selain itu, kerosakan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kelembutan tanah. Kami juga amat bimbang kelembutan tanah akan menyebabkan tapak rumah kami terbenam.

Dengan ini, kami meminta pihak tuan menghantar jurutera yang berpengalaman dalam segi ini untuk menyiasat dan memberi cadangan dan langkah-langkah bagaimana untuk mengatasi masalah jalan rosak dan terbenam.

Telah lama kami menghadapi kesukaran dan terseksa dengan masalah ini tetapi segala rungutan dan aduan tidak di beri perhatian dengan sewajarnya.

Segala kerjasama, perhatian, perihatin, jawapan serta tindakan daripada pihak tuan amatlah dihargai.

 

 SOKONGAN TERHADAP RAYUAN PENDUDUK DI JALAN MERANTI 27, TAMAN MERANTI, BAHAU

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Untuk makluman pihak tuan, pihak saya telah membuat aduan sebanyak tiga kali kepada pihak tuan iaitu pada 20 April 2009, 4 Mei 2009, 19 Mei 2009 tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas dan tindakan selanjutnya diambil.

Dengan ini saya menyokong sepenuhnya bagi rayuan yang tertera atas dan saya mengharapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama dan mengambil tindakan segera terhadap rayuan ini untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku di kalangan penduduk atau pengguna jalan.

Segala jasa dan keperihatinan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

Berkhidmat untuk rakyat,

YB TEO KOK SEONG

ADUN Kawasan Bahau

18 May 2009

Memorandum DAPSY Kepada PM di Putra Jaya pada 18 Mei 2009


Saya bersama pimpinan DAPSY telah menyerah memorandum kepada Perdana Menteri pagi ini. Tetapi kami hanya mampu bertemu dengan penolong PM.

Kandungan memorandum Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) kepada Perdana Menteri yang diserahkan kepada penolong PM di Jabatan Perdana Menteri pagi ini:

PEMBERIAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KEPADA PELAJAR CEMERLANG

Terdapat ramai pelajar cemerlang SPM 2008 yang gagal mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara mahupun dalam negara pada tahun ini. Masalah ini yang telah menjadi satu isu tahunan di negara kita amatlah mendukacitakan kepada pelajar-pelajar cemerlang ini yang secara keseluruhannya mendapat 10A ke atas.

Isu ini sekiranya tidak diselesaikan dengan cepat dan berkesan akan memberikan impak negatif kepada falsafah “SATU MALAYSIA” yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menampakkan bahawa kerajaan seolah-olah tidak menghargai modal insan yang cemerlang dalam negara kita.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan seorang Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat Malaysia ingin menyeru kepada pihak PM untuk mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu ini seperti:

a) Kabinet pada Rabu ini perlu membuat satu ketetapan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diwakili oleh beberapa Menteri Kabinet untuk mengkaji semula dan mempertimbangkan setiap kes rayuan yang telah dikemukakan oleh pelajar cemerlang SPM 2008.

b) Kabinet perlu memastikan pelajar yang mendapat 10A1 ke atas mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan sekiranya perlu kerajaan perlu menambahkan bilangan biasiswa luar negara JPA untuk tahun ini.

c) Kerajaan perlu membuat satu keputusan dasar untuk mengkaji semula keseluruhan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk menubuhkan satu badan bebas untuk mengendalikan program biasiswa ini, kriteria-kriteria yang diambil kira, sistem temuduga dan setiap pemohon diberikan satu laporan yang lengkap samada mereka berjaya atau sebaliknya untuk memastikan ketelusan dalam keseluruhan proses pemilihan dan intergriti badan yang melaksanakan program ini berada pada tahap yang paling tinggi.

d) Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu membuat keputusan yang tegas dengan menghadkan setiap pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk mengambil hanya 10 matapelajaran supaya semua pelajar dinilai dengan keputusan yang samarata dan tidak timbul masalah penilaian seperti mengapa yang mendapat 13A gagal berbanding dengan 9A  dan sebagainya.

Kami amat mengharapkan pihak PM akan menimbangkan beberapa cadangan ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap intergriti dan keadilan dasar-dasar kerajaan. Kami juga berharap PM akan memberikan perhatian peribadi ke atas perkara ini kerana ia melibatkan soal masa depan anak-anak muda kita bersama.

 

Loke Siew Fook

Ketua Pemuda Sosialis DAP

13 May 2009

Sesi Dialog Bersama DAPSY Melaka pada 11 Mei 2009



Kita telah mengadakan satu sesi dialog bersama rakan-rakan seperjuangan kita dari Melaka.  Tujuan utama sesi dialog ini adalah untuk mengutip pandangan dan cadangan supaya kita dapat bergerak dengan lebih jauh.

07 May 2009

7 Mei 2009@Perak


Hari ini merupakan hari yang tergelap dan tidak akan dilupa oleh semua rakyat Malaysia. Saya telah diberkas oleh polis pagi ini. Alasan polis ialah kerana saya berbaju hitam. 

Selain itu, beberapa ADUN, pemimpin turut diberkas. Kita ditempatkan di Dewan Kem FRU Perak dan kita tidak dibenarkan keluar dari dewan tersebut oleh pihak polis dan juga FRU.

Saya dan YB Ng dilepaskan lebih kurang 3.30pm. Manakala Sdr Lee Kong Hing dilepaskan pada pukul 6pm.

YAB Lim Guan Eng telah turun ke Perak untuk memberi semangat kepada kita, agar kita dapat menuruskan perjuangan untuk kebaikan dan kemanfaatan Rakyat Malaysia.

Sudah tiba masa kita semua rakyat Malaysia bangun untuk menentang kezaliman BN yang sering mengguna kekuatan polis untuk mempertahankan kuasa mereka.

Sebagai rakyat, kita berhak berkumpul secara aman. Kita juga bertanggungjawab untuk mempertahankan sistem demokrasi di negera kita yang tercinta.

Tahniah kepada semua Pakatan Rakyat Perak kerana telah mempertahankan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat Perak. Tidak lupa, tahniah kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang menunjukkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada hari ini.

Keadaan Ketika Ditahan 7 Mei 2009





06 May 2009

Berbaju Hitam pada 7 Mei 2009

Saya kini berada di Ipoh Perak dan bersedia memberi sokongan kepada rakan seperjuangan kita dari  Pakatan Rakyat.

7 Mei 2009 amat penting dan bersejarah. Sama-sama kita berbaju hitam untuk menunjukkan sokongan kita terhadap Pakatan Rakyat dan mendesak BN kembalikan kuasa kepada rakyat di Perak!

01 May 2009

Majlis Makan Malam DAP Broga 30 April 2009



Tahniah kepada pimpinan DAP Broga kerana berjaya menganjurkan majlis makan malam. Kali pertama DAP Broga dapat mengadakan majlis malam sebanyak 99 meja dan majlis malam tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 1000 penyokong.
Sambutan yang hangat telah menunjukkan bahawa rakyat kini mahu berubah, rakyat mahu Pakatan Rakyat untuk meminpin negara kita!

29 April 2009

Ceramah@Markas PAS Jempol 23 April 2009





Taniah kepada PAS Jempol kerana berjaya menganjurkan ceramah pada malam 24 April 2009. Sdr Ustaz Norazli Musa, Ketua Pemuda PAS Perak telah memberi penerangan kepada kita semua yang berada di Jempol mengenai perkembangan terkini di Perak.

Jadi sama-sama kita terus memberi sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan kita yang berada di Perak agar kuasa dapat dikembalikan kepada Rakyat.

22 April 2009

Dialog Bersama Penduduk Seremban 21 April 2009





Ini merupakan kali kedua DAP NS menganjurkan dialog bersama penduduk di Seremban. Tujuan utama program ini adalah untuk mengutip pandangan dan suara rakyat terhadap DAP, Pakatan dan juga Kerajaan Negeri Sembilan.

Kita bukan serupa Barisan National yang selama ini hanya fokus dalam Makan, Minum dan Main sahaja. Pandangan dan cadangan rakyat amat penting untuk kita yang bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri dan juga negeri pusat. Dan yang penting sekali, rakyat ialah "boss" kepada Kerajaan.

Kita berjanji akan terus mendengar suara rakyat dan memastikan suara rakyat dapat didengar di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan!

15 April 2009

Dialog Dengan Penduduk Bahau




Ini merupakan kali pertama kita menganjurkan dialog dengan penduduk. Sambutan malam tersebut amat menggalakkan. Dan kita akan terus berkerja keras untuk membela nasib rakyat dan menentang sekuat-kuatnya terhadap dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

Program Minum Petang di Markas PAS Jempol 13 April 2009





Pertemuan dengan pimpinan PAS dan PKR di Jempol kali ini telah sekali lagi mengeratkan hubungan PAKATAN RAKYAT JEMPOL. Saya percaya kita dari Pakatan Rakyat Jempol akan mampu menyumbangkan 4 DUN dan 1 Parlimen pada PRU Ke-13.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjayakan harapan ini!

08 April 2009

Kemenangan PAS, Kemenangan Rakyat Malaysia!

Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, kita berjaya menanam BN di dalam Laut Cina Selatan. Kali ini, kita sekali lagi berjaya menanamkan BN di dalam Selat Melaka!

Kemenanagan PAS di Bukit Gantang telah memberi satu mesej yang jelas kepada BN bahawa rakyat Perak mahu kuasa dikembilikan kepada rakyat.

Bagi MCA, saya rasa undi di kawasan Cina telah pun memberi mesej yang jelas bahawa mereka tidak lagi dipercayai! PAS, Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan 85% daripada masyarakat Cina. Ia bermaksud, petugas MCA, ahli-ahli MCA tempatan turut tidak mengundi calon BN.

Bagi Pakatan Rakyat, kita sedia berhadapan dengan rakyat kerana kita yakin kita akan tetap disokong jika DUN Perak dibubarkan.

Terima kasih kepada semua pengundi yang telah membuat pilihan yang bijak dan kita akan terus berjuang untuk memastikan nasib rakyat terus dibela!

Hidup Rakyat!

07 April 2009

Bersama Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang di Bkt Gantang


Saya berkesempatan bertemu dengan Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, President PAS di Bukit Gantang tadi. Pertemuan dengan beliau telah banyak memberi manfaat kepada saya.

Beliau agak prihatin terhadap keadaan politik di Negeri Sembilan. Menurut beliau, walaupun beliau merupakan seorang Ahli Parlimen, tetapi beliau tidak dapat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat majlis perbandaran. Sama juga dengan keadaan kami di Negeri Sembilan, kerajaan BN langsung tidak memberi peluang kepada ADUN Pakatan Rakyat masuk the mesyuarat kerajaan tempatan supaya dapat mengetahui perkembangan terkini di kawasan masing-masing.

Cuba bayangkan, jika kerajaan BN boleh menghalang wakil rakyat Pakatan bermesyuarat di peringkat majlis daerah / majlis perbandaran, saya pasti rakyat jelata turut tidak akan dihormati oleh BN. Kerana mereka tidak menghormati pilihan rakyat!

Undilah Calon PAS, Pastikan Kemenangan Rakyat Dapat Diteruskan

01 April 2009

Sama-sama Kita Balik Mengundi pada 7 April 2009

Tetap Undi Calon Pakatan Rakyat




Saya telah berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam perarakan pada hari penamaan calon di Bukit Gantang pada Ahad yang lepas.

Seperti biasa,Kaum Melayu, Cina dan India sama-sama turun ke padang untuk memberi sokongan moral kepada calon PAS, YAB Datuk Sri Mohd Nizar tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi pengundi-pengundi, hargailah undi anda dan menggunakan undi anda untuk mengajar BN!

Akhir kata, kita Rakyat Malaysia mahu kuasa dikembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan siapa yang memimpin Kerajaan Perak!

20 March 2009

Sama-sama Kita Berjuang Untuk Rakyat Malaysia!

Baru-baru ini, kedua-dua parti politik (DAP dan MCA) sering bertengkar pandangan dan fahaman secara terbuka di Bahau. Bagi saya, tak kira pihak berkuasa ataupun pembangkang, kita harus mengutamakan kebajikan dan kebaikan rakyat.

Kalau nak bersaing, sama-samalah kita bersiang untuk berkhidmat kepada masyarakat kita. Persiangan ini, haruslah merupakan satu persaingan yang positif dan membawa manfaat kepada semua pihak.

Rakyat yang bijak akan menentukan siapa pemenang pelihan raya umum yang akan datang!

针对最近在报章上和敌对党互相攻击和互不相让的文告战,我本人觉得其实不管是执政党或是反对党大家都是要为马口的人民服务、办事。我们这样争吵,并不见得可以为人民谋取福利和利益。

若真的要竞争,就让大家一起为人民服务而竞争。而且,必须是良性的竞争。

下一届大选,谁胜谁输,就由有智慧的马口选民去决定吧!

18 March 2009

民主行动党马口区服务中心篮球队


Sebagai satu usaha menggalakkan aktiviti sihat di kalangan remaja, pusat perkhidmatan saya telah menaja satu pasukan bola keranjang untuk bertanding di perlawanan bola keranjang Port Dickson.

13 March 2009

国阵忽略重组村52年

Kerajaan harus memberi peruntukan yang sama rata kepada setiap kampung untuk memastikan setiap rakyat Malaysia khasnya rakan-rakan kita yang tinggal di luar bandar atau kampung.

Kerajaan turut harus memastikan peruntukan yang diberi digunakan secara terancang, sistematik tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Kita harus pastikan taraf hidup penduduk desa dapat ditingkatkan. Selain itu, kemudahan asas di desa, kampung dan luar bandar harus dinaik taraf kerana ia amat penting untuk semua.


我们对中央政府把森州14个重组新村纳入房屋及地方政府部管辖深表欢迎。这个宣布,也其中一个两线制所为人民带来的好处。

以往还未被列入重组村前,国阵往往就是通过拨款在这些地区捞取选票。

刚被纳入房屋部管辖的重组村其实已经被国阵政府忽略了52年,导致这些新村一直以来不在发展的主流。

房屋及地方政府部也应该尽快将其他还未被纳入该部管辖的村庄纳入该部管辖,以确保所有的村民都能受惠。

既然该重组新村已由房屋部接管,按道理来说任何的发展计划没有必要通过马华区会推荐。相反的,应该通过恰当和适当的管道来向房屋部提出申请。房屋及地方政府部并非属于马华专有的,它是全民的部门。它必须不分政党或该州属的执政单位公平地对待每一个村民。

我要呼吁中央政府有系统的给予每个华人新村定期的拨款。不管是新村,或是重组村,都必须要获得中央政府公平和同等的拨款。同样的,房屋部的拨款也必须和乡村与区域发展部给予乡村或乡区的拨款相等。

行动党会继续监督房屋及地方政府部的这项措施和政策。

08 March 2009

Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun 8 Mac






Hari ini merupakan ulang tahun yang pertama bagi tsunami politk 8 Mac. Selama setahun ini, kita telah berusaha untuk berkhidmat kepada masyarakat dan membawa suara rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri.

Sempena hari yang bersejarah ini, DAP Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Malam Sempena Ulang Tahun 8 Mac. Rakan-rakan sepejuangan kita dari PAS dan PKR turut dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam yang bersejarah ini.

Saya berharap, kita semua dapat mengekalkan semangat kita untuk memastikan nasib rakyat kita terus dibela!

Terima kasih kepada semua yang telah mengundi DAP, PKR & PAS pada 8 Mac 2008. Undi anda kepada Pakatan akan membawa perubahan kepada negeri dan Negara kita!

Tidak lupa juga saudara & saudari yang telah menjayakan Majlis Makan Malam Yang BerSejarah ini. Terima kasih sekali lagi.