29 April 2009

Ceramah@Markas PAS Jempol 23 April 2009





Taniah kepada PAS Jempol kerana berjaya menganjurkan ceramah pada malam 24 April 2009. Sdr Ustaz Norazli Musa, Ketua Pemuda PAS Perak telah memberi penerangan kepada kita semua yang berada di Jempol mengenai perkembangan terkini di Perak.

Jadi sama-sama kita terus memberi sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan kita yang berada di Perak agar kuasa dapat dikembalikan kepada Rakyat.

22 April 2009

Dialog Bersama Penduduk Seremban 21 April 2009





Ini merupakan kali kedua DAP NS menganjurkan dialog bersama penduduk di Seremban. Tujuan utama program ini adalah untuk mengutip pandangan dan suara rakyat terhadap DAP, Pakatan dan juga Kerajaan Negeri Sembilan.

Kita bukan serupa Barisan National yang selama ini hanya fokus dalam Makan, Minum dan Main sahaja. Pandangan dan cadangan rakyat amat penting untuk kita yang bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri dan juga negeri pusat. Dan yang penting sekali, rakyat ialah "boss" kepada Kerajaan.

Kita berjanji akan terus mendengar suara rakyat dan memastikan suara rakyat dapat didengar di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan!

15 April 2009

Dialog Dengan Penduduk Bahau




Ini merupakan kali pertama kita menganjurkan dialog dengan penduduk. Sambutan malam tersebut amat menggalakkan. Dan kita akan terus berkerja keras untuk membela nasib rakyat dan menentang sekuat-kuatnya terhadap dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

Program Minum Petang di Markas PAS Jempol 13 April 2009





Pertemuan dengan pimpinan PAS dan PKR di Jempol kali ini telah sekali lagi mengeratkan hubungan PAKATAN RAKYAT JEMPOL. Saya percaya kita dari Pakatan Rakyat Jempol akan mampu menyumbangkan 4 DUN dan 1 Parlimen pada PRU Ke-13.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjayakan harapan ini!

08 April 2009

Kemenangan PAS, Kemenangan Rakyat Malaysia!

Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, kita berjaya menanam BN di dalam Laut Cina Selatan. Kali ini, kita sekali lagi berjaya menanamkan BN di dalam Selat Melaka!

Kemenanagan PAS di Bukit Gantang telah memberi satu mesej yang jelas kepada BN bahawa rakyat Perak mahu kuasa dikembilikan kepada rakyat.

Bagi MCA, saya rasa undi di kawasan Cina telah pun memberi mesej yang jelas bahawa mereka tidak lagi dipercayai! PAS, Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan 85% daripada masyarakat Cina. Ia bermaksud, petugas MCA, ahli-ahli MCA tempatan turut tidak mengundi calon BN.

Bagi Pakatan Rakyat, kita sedia berhadapan dengan rakyat kerana kita yakin kita akan tetap disokong jika DUN Perak dibubarkan.

Terima kasih kepada semua pengundi yang telah membuat pilihan yang bijak dan kita akan terus berjuang untuk memastikan nasib rakyat terus dibela!

Hidup Rakyat!

07 April 2009

Bersama Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang di Bkt Gantang


Saya berkesempatan bertemu dengan Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, President PAS di Bukit Gantang tadi. Pertemuan dengan beliau telah banyak memberi manfaat kepada saya.

Beliau agak prihatin terhadap keadaan politik di Negeri Sembilan. Menurut beliau, walaupun beliau merupakan seorang Ahli Parlimen, tetapi beliau tidak dapat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat majlis perbandaran. Sama juga dengan keadaan kami di Negeri Sembilan, kerajaan BN langsung tidak memberi peluang kepada ADUN Pakatan Rakyat masuk the mesyuarat kerajaan tempatan supaya dapat mengetahui perkembangan terkini di kawasan masing-masing.

Cuba bayangkan, jika kerajaan BN boleh menghalang wakil rakyat Pakatan bermesyuarat di peringkat majlis daerah / majlis perbandaran, saya pasti rakyat jelata turut tidak akan dihormati oleh BN. Kerana mereka tidak menghormati pilihan rakyat!

Undilah Calon PAS, Pastikan Kemenangan Rakyat Dapat Diteruskan

01 April 2009

Sama-sama Kita Balik Mengundi pada 7 April 2009

Tetap Undi Calon Pakatan Rakyat




Saya telah berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam perarakan pada hari penamaan calon di Bukit Gantang pada Ahad yang lepas.

Seperti biasa,Kaum Melayu, Cina dan India sama-sama turun ke padang untuk memberi sokongan moral kepada calon PAS, YAB Datuk Sri Mohd Nizar tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi pengundi-pengundi, hargailah undi anda dan menggunakan undi anda untuk mengajar BN!

Akhir kata, kita Rakyat Malaysia mahu kuasa dikembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan siapa yang memimpin Kerajaan Perak!