20 June 2009

Bersama Dato Seri Nizar di Genmencheh, Tampin





Pada 17 Jun 2009, saya telah berkesempatan menghadiri ceramah anjuran PAS Tampin. Penceramah khas pada malam itu ialah YAB Dato Seri Nizar, YB Anthony Loke dan Y Bhg Sdr Shamsul.

Tahniah kepada PAS Tampin kerana berjaya menganjurkan ceramah pada malam tersebut, dan sambutan hangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan bahawa jalan kita ke Putra Jaya tidak jauh lagi.

Kita tetap menyokong sepenuhnya YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah!

16 June 2009

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ORANG ASLI DI JERAM PADANG





Saya bersama Halim-Ketua AMK Negeri Sembilan, Rahman-YDP PAS Jempol telah melawat ke 3 kampung orang asli di Jeram Padang. Daripada lawatan kita, kita dapat melihat dengan mata diri sendiri betapa susahnya kehidupan orang asli. Selain itu, mereka telah dilupa dan dipinggir oleh Kerajaan Barisan Natioanl. Menurut Batin Kampung Sg. Raya, mereka hanya dapat jumpa wakil rakyat BN ketika pilihanraya. Selama 27 tahun, mereka hanya dapat satu jalan sepanjang 600m dan satu balai raya daripada pihak kerajaan.

Saya telah bertulis secara rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Kandungan surat tersebut adalah seperti berikut:-

12 Jun 2009


YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan

Menteri Besar Negeri Sembilan

Pejabat Menteri Besar

Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri

70503 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Amat Berhormat,

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ORANG ASLI DI JERAM PADANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya telah melawat beberapa kampung orang asli di Jeram Padang pada 11 Jun 2009. Penduduk di kampung orang asli telah mengadu bahawa kampung mereka tidak mendapat peruntukan dan bantuan yang mengcukupi daripada pihak kerajaan.

3. Masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung orang asli adalah seperti berikut:

Bil

Kampung

Masalah

1

Kg Sungai Raya

  • Tiada kemudahan bekalan air, elektrik, keadaan jalan yang sempurna.

2

Kg Temarom

  • Tiada kemudahan bekalan air, elektrik, tiada jalan yang sempurna.

  • Penduduk ingin memohon kepada pihak kerajaan supaya membina satu jambatan untuk menyambungkan Kg Temarom dan Kg Temengalan.

3

Kg Temengalan

  • Quality bekalan air tidak memuaskan

  • Penduduk ingin memohon kepada pihak kerajaan supaya membina satu jambatan untuk menyambungkan Kg Temarom dan Kg Temengalan.

4. Saya mengharapkan Yang Amat Berhormat dapat mengambil tindkan yang sewajarnya terhadap masalah yang dihadapi oleh kampung orang asli yang tersebut di atas. Segala kerjasama, perhatian, perihatin serta tindakan daripada Yang Amat Berhormat amatlah dihargai.dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”


TEO KOK SEONG

ADUN Kawasan BAHAU

10 June 2009

Ceramah di Temerloh, Pahang 9 June 2009





Saya baru balik dari ceramah di Temerloh anjuran PAS Pahang, dan berkesempatan bersama YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz. Berikut adalah ucapan saya:-

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis.

Salam sejahtera dan selamat malam saya ucapan kepada YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, Pimpinan PAS, PKR dan DAP Pahang, dan para hadirin yang saya kasihi dan hormati sekalian.

Saya berasa syukur dan bangga kerana malam ini saya dapat berucap di Temerloh Pahang, dan juga bersama-sama dengan seorang tokoh politik yang saya hormati dan sunjungi sejak saya masih bersekolah! Ia itu seorang MB yang berjiwa rakyat, Tuan Guru Dato Nik Aziz.

Kalau saya silap berucap, saya mohon Tuan Guru tunjuk ajar.

Hadirin yang saya hormati sekalian, keputusan 8 Mac 2008 telah pun menunjukkan bahawa rakyat sudah berdiri membangkit untuk menumbangkan BN yang kurang ajar selama ini. Kesimpulannya rakyat sudah menolak UMNO Barisan National. 

Keputusan tersebut turut menunjukkan rakyat mahu Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP bersatu untuk membentuk satu kerajaan alternative supaya dapat menggantikan BN yang selama ini menyalahguna kuasa, rasuah dan kotor.

Contoh yang paling baik iaitu di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, kita berjaya menanamkan BN di laut Cina Selatan, dan di Bkt Gantang, kita sekali lagi menanamkan mereka di Selat Mereka.. Sehingga mereka dah takut untuk bertemu dengan pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang.

Hadirin yang saya hormati sekalian, baru-baru ini UMNO Barisan Natioanal sering membangkitkan kerelaan mereka untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama pakatan rakyat. Niat mereka nyata sekali iaitu untuk mereka semakin lemah, dan mereka memerlukan pakatan rakyat untuk meningkatkan sokongan mereka dikalangan rakyat.

Bagi DAP, pendirian kita adalah tidak menyokong sebarang cadangan membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemukan oleh UMNO Barisan National.

Cuba kita semua berfikir, dulu ketika PAS, DAP, PKR lemah, pernah tak mereka bersimpati terhadap kita? Pernah tak mereka membantu kita? UMNO bukan sahaja tidak bersimpati kepada kita tetapi mereka telah cuba sedaya upaya untuk menghapuskan PAS, DAP dan PKR.

MCA jumpa kaum Cina mereka kata DAP sokong negeri Islam, hukum hudud, PAS merupakan musuh kepada kaum Cina dan India dan UMNO pula memberitahu kaum Melayu bahawa DAP itu komunis!

Kita disini mahu kerajaan mansuh ISA yang zalim. BN pula disitu menegaskan kepentingan ISA kepada keselamatan politic mereka.

Barisan National ini Jahat.. meraka langsung tidak Iklas untuk berkerjasama dengan kita. Tetapi, mereka lebih rela berkerjasama untuk menguntungkan diri sendiri dan kloni mereka.

Hadirin yang saya hormati sekalian, selama ini Kerajaan Pusat BN turut menggunakan peruntukan pusat untuk mengugut penduduk di Kelatan khasnya ketika pilihan raya.. sama juga dengan semua negeri dimenangi Pakatan rakyat, segala polisi kerajaan pusat adalah cuba menyusahkan kerajaan negeri dan rakyat yang menyokong pakatan rakyat!

Hadirin yang saya hormati sekalian, di perak, kerajaan BN telah merampas kerajaan pakatan yang dipilih oleh rakyat. BN telah mengkhianat rakyat... Tidak lupa juga dengan 3 ekor katak yang mengetepikan kepentingan rakyat dan menyokong barisan national yang telah ditolak rakyat. Walaupun kita kehilangan kerajaan perak buat sementara waktu, tetapi saya percaya, rakyat tidak akan menyokong pihak yang menjual maruah dan mengetepikan pilihan rakyat!

Salah satu contoh yang yang paling baik ialah, di kawasan saya, dulu wakil rakyatnya berlompat ke MCA, dia ingat dia bertanding lagi akan menjadi Exco.. tetapi, rakyat Bahau telah mengajarkan Barisan National yang merampas pilihan dan kuasa rakyat, dan saya telah dipilih menjadi wakil rakyat mereka!

Di negeri Sembilan, selepas kita menang 15 kerusi DUN, kerajaan barisan natioanal telah mengumumkan potongan elaun sebanyak RM1500 terhadap semua wakil rakyat dengan alasan wakil rakyat dahulu tidak menggunakan eluan itu dengan sewajarnya, tetapi pada masa dulu, hanya ada seorang wakil rakyat pembangkang.

PBT turut diarah supaya tidak memberi kerjasama kepada semua wakil rakyat pakatan rakayat. Dan kita sebagai wakil rakyat tidak dijemput untuk menghadiri semua mersyarat yang membincangkan masalah rakyat.

Selain itu, kita tidak diberi peruntukan untuk pembangunan kawasan kita. Tetapi disebaliknya, calon BN yang kalah pula dapat membahagikan peruntukan kerajaan kepada rakyat. Selain itu, kerajaan turut menubuhkan pusat perkhidmatan barisan national untuk menyenangkan mereka berkhidmat dan bertanding dengan kami.

Hadirin yang saya hormati sekalian, rakyat Malaysia mahu satu kerajaan yang benar-benar dapat menjaga kebajikan semua rakyat, telus dan bersih. Itu ialah Kerajaan Pakatan Rakyat!

Jadi, saya berharap kita dapat terus berkerja keras untuk memastikan kita dapat mengebumikan UMNO Barisan National di tanah air yang tercinta ini.

Terima kasih.

 

05 June 2009

4 June 2009@Ipoh Perak





Kami telah kembali ke Ipoh, Perak untuk melaporkan diri di IPD. YAB Dato Seri Nizar telah mengiringi kami ke IPD. Kami dimaklumkan oleh pihak polis bahawa jamin kami telah ditamatkan pada hari tersebut, dan siatatan masih dijalankan. 

Kami yang mengambil bahagian dalam perhimpunan 7 Mei 2009 hanya untuk memberi sokongan moral kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi kebanyakan daripada kami ditahan kerana berpakaian hitam. Ini tidak harus berlaku memandangkan kami langsung tidak berniat untuk membuat kacau.

Saya berharap dakwaan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dapat digugurkan dengan serta-merta.

Muktamar Pemuda PAS Ke-50


Saya telah berkesempatan menghadiri Muktamar Pemuda PAS kali yang ke-50 bersama YB Anthony Loke.

Bagi saya, pemuda akan menjadi penentu pada pilihan raya ke 13. Jadi, amat penting untuk Pemuda Pakatan Rakyat terus bekerja keras untuk memastikan BN menjadi pembangkang pada PRU- 13.

Kita dari DAPSY akan terus berkerjama dengan Pemuda PAS dan AMK untuk memastikan impian semua rakyat Malaysia menjadi kenyataan.