10 June 2009

Ceramah di Temerloh, Pahang 9 June 2009





Saya baru balik dari ceramah di Temerloh anjuran PAS Pahang, dan berkesempatan bersama YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz. Berikut adalah ucapan saya:-

Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis.

Salam sejahtera dan selamat malam saya ucapan kepada YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, Pimpinan PAS, PKR dan DAP Pahang, dan para hadirin yang saya kasihi dan hormati sekalian.

Saya berasa syukur dan bangga kerana malam ini saya dapat berucap di Temerloh Pahang, dan juga bersama-sama dengan seorang tokoh politik yang saya hormati dan sunjungi sejak saya masih bersekolah! Ia itu seorang MB yang berjiwa rakyat, Tuan Guru Dato Nik Aziz.

Kalau saya silap berucap, saya mohon Tuan Guru tunjuk ajar.

Hadirin yang saya hormati sekalian, keputusan 8 Mac 2008 telah pun menunjukkan bahawa rakyat sudah berdiri membangkit untuk menumbangkan BN yang kurang ajar selama ini. Kesimpulannya rakyat sudah menolak UMNO Barisan National. 

Keputusan tersebut turut menunjukkan rakyat mahu Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP bersatu untuk membentuk satu kerajaan alternative supaya dapat menggantikan BN yang selama ini menyalahguna kuasa, rasuah dan kotor.

Contoh yang paling baik iaitu di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, kita berjaya menanamkan BN di laut Cina Selatan, dan di Bkt Gantang, kita sekali lagi menanamkan mereka di Selat Mereka.. Sehingga mereka dah takut untuk bertemu dengan pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang.

Hadirin yang saya hormati sekalian, baru-baru ini UMNO Barisan Natioanal sering membangkitkan kerelaan mereka untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama pakatan rakyat. Niat mereka nyata sekali iaitu untuk mereka semakin lemah, dan mereka memerlukan pakatan rakyat untuk meningkatkan sokongan mereka dikalangan rakyat.

Bagi DAP, pendirian kita adalah tidak menyokong sebarang cadangan membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemukan oleh UMNO Barisan National.

Cuba kita semua berfikir, dulu ketika PAS, DAP, PKR lemah, pernah tak mereka bersimpati terhadap kita? Pernah tak mereka membantu kita? UMNO bukan sahaja tidak bersimpati kepada kita tetapi mereka telah cuba sedaya upaya untuk menghapuskan PAS, DAP dan PKR.

MCA jumpa kaum Cina mereka kata DAP sokong negeri Islam, hukum hudud, PAS merupakan musuh kepada kaum Cina dan India dan UMNO pula memberitahu kaum Melayu bahawa DAP itu komunis!

Kita disini mahu kerajaan mansuh ISA yang zalim. BN pula disitu menegaskan kepentingan ISA kepada keselamatan politic mereka.

Barisan National ini Jahat.. meraka langsung tidak Iklas untuk berkerjasama dengan kita. Tetapi, mereka lebih rela berkerjasama untuk menguntungkan diri sendiri dan kloni mereka.

Hadirin yang saya hormati sekalian, selama ini Kerajaan Pusat BN turut menggunakan peruntukan pusat untuk mengugut penduduk di Kelatan khasnya ketika pilihan raya.. sama juga dengan semua negeri dimenangi Pakatan rakyat, segala polisi kerajaan pusat adalah cuba menyusahkan kerajaan negeri dan rakyat yang menyokong pakatan rakyat!

Hadirin yang saya hormati sekalian, di perak, kerajaan BN telah merampas kerajaan pakatan yang dipilih oleh rakyat. BN telah mengkhianat rakyat... Tidak lupa juga dengan 3 ekor katak yang mengetepikan kepentingan rakyat dan menyokong barisan national yang telah ditolak rakyat. Walaupun kita kehilangan kerajaan perak buat sementara waktu, tetapi saya percaya, rakyat tidak akan menyokong pihak yang menjual maruah dan mengetepikan pilihan rakyat!

Salah satu contoh yang yang paling baik ialah, di kawasan saya, dulu wakil rakyatnya berlompat ke MCA, dia ingat dia bertanding lagi akan menjadi Exco.. tetapi, rakyat Bahau telah mengajarkan Barisan National yang merampas pilihan dan kuasa rakyat, dan saya telah dipilih menjadi wakil rakyat mereka!

Di negeri Sembilan, selepas kita menang 15 kerusi DUN, kerajaan barisan natioanal telah mengumumkan potongan elaun sebanyak RM1500 terhadap semua wakil rakyat dengan alasan wakil rakyat dahulu tidak menggunakan eluan itu dengan sewajarnya, tetapi pada masa dulu, hanya ada seorang wakil rakyat pembangkang.

PBT turut diarah supaya tidak memberi kerjasama kepada semua wakil rakyat pakatan rakayat. Dan kita sebagai wakil rakyat tidak dijemput untuk menghadiri semua mersyarat yang membincangkan masalah rakyat.

Selain itu, kita tidak diberi peruntukan untuk pembangunan kawasan kita. Tetapi disebaliknya, calon BN yang kalah pula dapat membahagikan peruntukan kerajaan kepada rakyat. Selain itu, kerajaan turut menubuhkan pusat perkhidmatan barisan national untuk menyenangkan mereka berkhidmat dan bertanding dengan kami.

Hadirin yang saya hormati sekalian, rakyat Malaysia mahu satu kerajaan yang benar-benar dapat menjaga kebajikan semua rakyat, telus dan bersih. Itu ialah Kerajaan Pakatan Rakyat!

Jadi, saya berharap kita dapat terus berkerja keras untuk memastikan kita dapat mengebumikan UMNO Barisan National di tanah air yang tercinta ini.

Terima kasih.