16 August 2009

Bantuan Terhadap Mangsa Bencana Ribut Taman Rasa Sayang Bahau



Ketika memberi barangan di TESCO Seremban




Ribut kencang pada malam 13 Ogos 2009 telah menyebabkan bumbung bagi 8 rumah flat dan juga bumbung beberapa rumah teres tercabut.

Kini, rumah mereka tidak sesuai dan selamat ditinggal tanpa bumbung. Selain itu, kenbanyakan mangsa adalah golongan yang berpendapatan rendah.

Dengan adanya tajaan daripada seorang dermawan di Seremban, kami berjaya menghulurkan barangan kehidupan harian kepada 8 keluarga. Walaupun bantuan yang diberi tak begitu banyak, tetapi itulah yang saya mampu lakukan sebagai ADUN pembangkang.

Terima kasih kepada pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa. Dan saya berharap Menteri Besar kita akan memberi bantuan segera supaya mangsa ini dapat kembali ke rumah mereka dalam masa yang terdekat. Kerajaan haruslah memberi layanan yang sama rata kepada semua ADUN untuk memastikan nasib rakyat dapat dibela. Tetapi, tanpa sebarang bantuan dan peruntukan oleh pihak kerjaan, kami cuma mampu mendapatkan bantuan daripada dermawan.

Berikut adalah kandungan surat yang saya bantar kepada Menteri Besar:-

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

14 Ogos 2009

YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan

Menteri Besar Negeri Sembilan

Pejabat Menteri Besar

Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri

70503 Seremban Melalui Faks: 06-763 1394

Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Amat Berhormat,

PERMOHONAN BANTUAN SEGERA TERHADAP MANGSA RIBUT DI TAMAN RASA SAYANG BAHAU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, ribut kencang yang berlaku pada malam 13 Ogos 2009 telah menyebabkan bumbung di bangunan flat dan beberapa rumah tercabut.

3. Kediaman untuk 8 keluarga yang dirosakkan oleh ribut kencang sudah tidak selamat ditinggal. Mangsa kini ditempatkan di balai raya Kg. Batu Bakar. Kebanyakan daripada mangsa ini adalah penduduk yang berpendapatan rendah.

4. Saya mengharapkan Yang Amat Berhormat dapat memberi bantuan yang segrera terhadap mangsa ribut yang tersebut di atas. Segala kerjasama, perhatian, perihatin serta tindakan daripada Yang Amat Berhormat amatlah dihargai.dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”

TEO KOK SEONG

ADUN Kawasan BAHAU

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++