15 September 2009

Pilihan Raya Kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan

Ramai yang berkata Pakatan Rakyat amat susah untuk menang pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Sebab utamanya lebih kurang 40% undinya adalah undi Pos. Selain itu, isu Kampung Buah Pala dan Isu pengharaman arak akan dimainkan oleh BN.

Kesemua isu yang tersebut di atas sebenarnya bukan isu. Kerana rakyat yang cerdik, cekap dan bijaksana akan tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Rakyat juga amat tahu pentingnya untuk kita semua sama-sama membawa perubahan kepada negeri dan juga Negara kita yang tercinta.

Setiap pertarungan pasti mempunyai satu atau seorang pemenang. Tetapi, jika Pakatan Rakyat mampu mendapat sokongan yang penuh daripada seluruh pengundi Bagan Pinang, pemenangnya bukan sahaja calonnya.. tetapi semua rakyat di DUN Bagan Pinang dan seluruh rakyat di Negeri Sembilan.

Saya ingin menyeru semua pengundi di Bagan Pinang untuk menyokong dan mengundi calon PAS supaya suara rakyat di Bagan Pinang dapat didengar di dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan!