18 August 2009

Persidangan DUN Negeri Sembilan 17 Ogos 2009


Semua ADUN Pakatan Rakyat telah memakai topeng muka menghadiri persidangan DUN. Tujuan utama memakai topeng muka adalah untuk mengelakkan daripada wabak H1N1.

Selain itu, kita turut berhasrat untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan negeri dan rakyat Negeri Sembilan bahawa betapa pentingnya pemakaian topeng muka.

Saya berasa amat kesal kerana kedua-dua usul tergempar yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat telah ditolak oleh BN.

Usul pertama: Kesulitan yang disebabkan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan.

Usul kedua: Mendesak Kerajaan supaya lebih perihatin dan sensitive terhadap wabak H1N1.

Usul-usul yang dikemukakan ini amat penting kepada semua rakyat. Saya benar-benar tidak faham mengapa ia ditolak.

Ucapan penangguhan saya sekali lagi ditolak oleh Speaker Dewan.

16 August 2009

Program Perkhidmatan Bergerak di Pasar Malam Taman Meranti



Kami telah menlancarkan perkhidmatan bergerak di pasar malam Taman Meranti pada malam 15 Ogos 2009.

Tujuan utama program ini adalah untuk mendekati penduduk dan juga memberi kemudahan kepada penduduk untuk membuat aduan selepas waktu pejabat.

Selain itu, kami turut menawarkan perkhidmatan pendaftaran pengundi.

Bantuan Terhadap Mangsa Bencana Ribut Taman Rasa Sayang Bahau



Ketika memberi barangan di TESCO Seremban




Ribut kencang pada malam 13 Ogos 2009 telah menyebabkan bumbung bagi 8 rumah flat dan juga bumbung beberapa rumah teres tercabut.

Kini, rumah mereka tidak sesuai dan selamat ditinggal tanpa bumbung. Selain itu, kenbanyakan mangsa adalah golongan yang berpendapatan rendah.

Dengan adanya tajaan daripada seorang dermawan di Seremban, kami berjaya menghulurkan barangan kehidupan harian kepada 8 keluarga. Walaupun bantuan yang diberi tak begitu banyak, tetapi itulah yang saya mampu lakukan sebagai ADUN pembangkang.

Terima kasih kepada pihak yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa. Dan saya berharap Menteri Besar kita akan memberi bantuan segera supaya mangsa ini dapat kembali ke rumah mereka dalam masa yang terdekat. Kerajaan haruslah memberi layanan yang sama rata kepada semua ADUN untuk memastikan nasib rakyat dapat dibela. Tetapi, tanpa sebarang bantuan dan peruntukan oleh pihak kerjaan, kami cuma mampu mendapatkan bantuan daripada dermawan.

Berikut adalah kandungan surat yang saya bantar kepada Menteri Besar:-

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

14 Ogos 2009

YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hassan

Menteri Besar Negeri Sembilan

Pejabat Menteri Besar

Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri

70503 Seremban Melalui Faks: 06-763 1394

Negeri Sembilan Darul Khusus

Yang Amat Berhormat,

PERMOHONAN BANTUAN SEGERA TERHADAP MANGSA RIBUT DI TAMAN RASA SAYANG BAHAU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, ribut kencang yang berlaku pada malam 13 Ogos 2009 telah menyebabkan bumbung di bangunan flat dan beberapa rumah tercabut.

3. Kediaman untuk 8 keluarga yang dirosakkan oleh ribut kencang sudah tidak selamat ditinggal. Mangsa kini ditempatkan di balai raya Kg. Batu Bakar. Kebanyakan daripada mangsa ini adalah penduduk yang berpendapatan rendah.

4. Saya mengharapkan Yang Amat Berhormat dapat memberi bantuan yang segrera terhadap mangsa ribut yang tersebut di atas. Segala kerjasama, perhatian, perihatin serta tindakan daripada Yang Amat Berhormat amatlah dihargai.dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”

TEO KOK SEONG

ADUN Kawasan BAHAU

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

04 August 2009

Perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos 2009




Seperti apa yang kita baca di dalam surat khabar, berpuluh ribu rakyat malaysia telah berhimpun di ibu kota pada hari sabtu yang lepas untuk mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA.

Jika BN jadi pembangkang, saya rasa mereka juga akan berarak di atas jalan.. tetapi BN yang selama hidup senang dan berkaya-raya ini tidak mungkin berani turun padang. Mereka ni cuma menjaga kepenting mereka sendiri dan juga kloni mereka.

Bagi semua yang hadir pada hari tersebut, kesemuanya dapat rasa kekuatan gas pemedir mata yang digunakan untuk menghalau orang ramai yang berkumpul secara aman.

Walaupun perhimpunan aman tersebut dihalang, tetapi saya amat percaya bahawa pilihan raya umum ke-13, tiada pihak dapat menghalang rakyat untuk menghukum Barisan National!

Majlis Memperingati Mendiang Sdr Teoh Beng Hock di Bahau




Kita telah menganjurkan Majlis Memperingtai Mendiang Sdr Teo Beng Hock di Bahau pada 30 Julai 2009.

Sambutan hangat terhadap majlis pada malam tersebut adalah di luar jangkaan saya.

Ribuan terima kasih kepada Sdr YB ChaSdr Rahman, YDP PAS Jempol dan Sdr Halim, Ketua AMK Negeri Sembilan yang sudi bersama kita pada majlis tersebut.

Semua yang hadir ke majlis ini cuma ingin membawa satu mesej, iaitu “rakyat Malaysia tidak mahu Sdr Teoh mati bersia-sia, kita semua mahu jawapan daripda Kerajaan!”