23 June 2010

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI DI KAMPUNG INDAH BAHAU


Berikut adalah surat yang saya kemukakan kepada YDP Majlis Derah Jempol & Biro Pengaduan Awam:-

Tuan,

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI DI KAMPUNG INDAH BAHAU

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut atas.

2. Untuk makluman tuan, penduduk Kampung Indah Bahau telah mengadu bahawa pembinaan menara telekominikasi di tepi jalan keretapi yang amat dekat dengan kampung tersebut bakal menyebabkan radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk. Penduduk amat bimbang dan mereka berharap pihak tuan dapat melakukan penyiasatan terhadap keselamatan menara tersebut.

3. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara tersebut atas. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT”

TEO KOK SEONG

ADUN KAWASAN BAHAU

Pusat Perkhidmatan ADUN Bahau

No.13, Jalan Meranti 36, Taman Meranti,

72100, Bahau, N.S.D.K

Tel / Fax: 06-454 2351

20 June 2010

Penubuhan DAP Cawangan Pekan Air Kuning 19 Jun 2010





DAP telah menubuhkan satu cawangan baru di Pekan Air Kuning semalam. Kita berharap dengan adanya cawangan DAP ditubuhkan di kawasan DUN Genmencheh & Parlimen Tampin, kita dapat membantu rakan sepejuangan kita PAS & PKR untuk menawan DUN Genmencheh dan juga Parlimen Tampin!

18 June 2010

JALAN ROSAK DI DEPAN TAMAN SORNAM


Berikut adalah maklumbalas daripada jurutera daerah jempol pada 18 Jun 2010:-

Salam Sejahtera,

Tuan,

Terima kasih diucapkan di atas keperihatinan pihak tuan. Jalan yang
tuan maksudkan adalah Laluan FT 13 iaitu Jalan Persekutuan. Untuk
makluman tuan, pejabat ini telah pun menyenaraikan jalan ini di untuk
dibaiki dalam program kerja pihak Selia Selenggara selaku pihak konsesi
yang menyelenggara jalan persekutuan. Walaubagaimanapun, pejabat ini
telah mengambil tindakan awal dengan menampal sementara jalan ini bagi
mengelakkan kemalangan dan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Sekian, terima kasih.

Jurutera Daerah,
JKR Jempol.

02 June 2010

Tebang Hutan Punca Banjir Kilat






BAHAU – Hujan lebat selama lebih satu jam malam semalam menenggelamkan beberapa kawasan kediaman dan taman perumahan penduduk sehingga ke paras lutut.


Banjir kilat kali ini antara yang teruk pernah berlaku dan kawasan terlibat adalah Taman ACBE, Taman Satelite, Kampung Indah serta Kampung Batu Bakar.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong turun padang meninjau keadaan selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.


Menurutnya, keadaan banjir kilat itu jarang berlaku di kawasan Bahau khususnya penempa-tan penduduk sekitar dan hal ini mungkin disebabkan penebangan hutan dilakukan secara besar-besaran.


“Banjir kilat ini adalah bencana dicipta manusia dan saya berasa kesal dengan pihak terbabit kerana memusnahkan kawasan tadahan air yang menyumbang kepada banjir kilat.

“Saya menyarankan supaya kerajaan membuat perancangan teratur sebelum melakukan sesuatu projek yang mampu menghapuskan alam sekitar dan kawasan tadahan air,” katanya.


Rata-rata penduduk yang terbabit tidak sempat menyelamatkan harta benda seperti tilam, perabot dan almari rumah.


Sementara itu, Kok Seong berkata, surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan akan ditulis untuk memaklumkan mengenai bencana itu untuk diambil tindakan selanjutnya.


“Saya juga akan membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang untuk mengetengahkan berhubung masalah ditanggung penduduk setempat,” katanya.


Source: http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7754850.asp