07 January 2009

PAS untuk Kuala Terengganu


Saya telah mengambil bahagian dalam perarakan bersama calon PAS dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari 2009.

Sambutan pada hari tersebut agak hangat dan saya yakin bahawa kita akan menang dalam pilihan raya kecil ini.

Saya ingin memgambil kesempatan ini untuk merayu kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu supaya keluar mengundi, dan memberi sokongan penuh kepada calon PAS supaya kita dapat membawa satu perubahan bukan sahaja kepada Kuala Terengganu tetapi juga untuk seluruh negara!

Undilah Calon PAS demi masa hadapan negara kita.