05 February 2009

Lawan Tetap Lawan!

Saya amat kecewa dan sedih kerana BN telah mengambil alih Kerajaan Perak dengan cara yang cukup kotor. Secara ringkas, BN langsung tidak tahu apa itu demokrasi.

Kerajaan Pakatan Rakyat adalah dipilih oleh penggundi pengundi Perak. Ia sepatutnya dikekalkan kerana rakyat Perak yang memberi mandat kepada kita membentuk kerajaan. Rakyat turut menafikan BN pada 8 Mac 2008. Jelas sekali mesej "tak nak BN" trelah pun diputuskan oleh undi..

Tindakan BN adalah serupa merampas hak rakyat Perak, dan saya percaya Kerajaan BN di Perak tidak akan kekal lama. Kerana pada pilihanraya yang akan datang, Kita dari Pakatan Rakyat akan berganding bahu dengan seluruh rakyat malaysia untuk menghalau mereka keluar dari semua dewan undangan negeri dan juga Parlimen!

Kepada rakan sepejuangan saya yang berada di Perak, sama-sama kita berkerja keras untuk terus memperjuangkan keadilan di negara yang tercinta kita, Malaysia!